" /> Gambar Gotong Royong Di Surau al-Muhajirin | saujanautama3.com
Email sebarang aduan atau laporan ke ppsu3@saujanautama3.com

Home » Aktiviti »Surau » Currently Reading:

Gambar Gotong Royong Di Surau al-Muhajirin

December 1, 2008 Aktiviti, Surau 44 Comments

Terima kasih kepada warga SU3 yang telah bersama-sama bergotong-royong untuk membersihkan kawasan sekitar dan kelengkapan surau al-Muhajirin.

Gotong royong ini telah diadakan pada sebelah pagi 30 November yang lalu. Kehadiran sukarelawan SU3 amat membanggakan.

Kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti membersihkan ruang solat bahagian atas dan bawah, membersihkan ruang dapur, membersihkan kawasan luar surau, memasang awning belakang surau / pasang railing langsir, mengecat lantai ruang solat luar serta tempat mengambil wuduk dan menyimen ruang tepi surau.

Salah satu sebab gotong royong ini adalah sebagai persediaan perayaan Aidil Adha yang menjelang tiba. Untuk pengetahuan, surau Al-Muhajirin buat pertama kalinya akan mengadakan solat sunat Aidil Adha dan majlis korban.

Gambar-gambar ini telah dikongsi oleh saudara Hairol.

Updated : More photos contributed by Shahril below;

Related posts:

  1. Sekitar Perasmian Surau Sementara Al-Muhajirin, Saujana Utama 3
  2. Mesyuarat AJK Surau al-Muhajirin SU3
  3. Aktiviti Surau al-Muhajirin Sepanjang Tahun Ini
  4. Gambar-Gambar Gotong Royong Membersihkan Surau Sementara SU3
  5. Gotong Royong Surau Al Mujahirin – 30 Nov 2008

Currently there are "44 comments" on this Article:

  1. amirul47ps6 says:

    patut le aku rasa ada miss something je semalam….rupa2nye gotong-royong surau.

    sorry geng x dpt join semalam….totally lupa hehehe :-p

  2. Yeop says:

    La…ada gak gambo gadis ayu tgh mop lantai ngko boh kat sini…ahahahahahaha…

  3. Yeop says:

    Ngko lupa sbb kat kalender aktiviti tuh date tulih cina kot…lama dah aku tegur tuh….

  4. ritas4 says:

    hehe..kelakarlah yg gambar gadis ayu tu..maaflah din lambat datang aritu..phm2 ajelah dia tu kuat tido

  5. Yeop says:

    ngko jugak yg tido kan dia…eh…silap….dia tidokan anak2…kata dia ler….ehehehehehe

  6. azharmaz66s4 says:

    maz pun wakil azhar… sorrylah lambat dtg. kami ke penyampaian hadiah sek agama umar zuhdi, husna masuk nasyid. lepas tu kami gi karnival kat su1 tu, ingatkan nak beli baju canggih tapi lmbt pulak tokeynya dtg… so balik le ke su3… dan teruslah hantarkan cik abe azhar join gotong royong.

    tapi…amirul memang tak patut tu… lupa lak… kenapa yg lain tak ingatkan dia.

    sha & yg lain….. nak pembantu tolong kemas rumah ke utk sabtu/ahad ni? hj rusmin dah tanya, siapa nak pembantu.

  7. ritas4 says:

    yeop pepagi anak sha semua dah bangun dulu dari bapak dia..alassaannn…kk maz, nak jugaklah pembantu..yerlakan nak raya ni,nak la jugak rumah kemas

  8. admin says:

    ada tulisan cina ke kat kalendar?? sebab aku punye ok…

    yang lain2 ok? ada prob tukar bahasa jugak x?

  9. Baginda says:

    Salam,
    terima kasih pd yang datang untuk menyumbangkan tenaga dan barangan pd gotong royong semalam, dan juga dari teratai pun ada yang datang, minta maaf tak dapat sampai penhujung kerja sebab kena turun kat su1, ada gotong royong gak. apa2 pun “kerja yang murni dan iklhlas akan mendapat balasanya nanti insyaalah.

  10. amirul47ps6 says:

    gadis ayu tu poket dia musti ada blackberry kan?

    maz,,hehe….masa t/hari kat kenduri rumah Mat Nor je baru tersedar yg terponteng gotong-royong…

    but actually aku pun lambat jugak,,,,time semayang isya’ baru sempat tunjuk muka utk gotong royong tu :-p

  11. Yeop says:

    La…balckberry ke tuh…ingat pistol tadi…ekekekeke

  12. razif31s3 says:

    black belt, black berry, black forrest suma ader… tuh pasal nampak ayu… hehehe

  13. azharmaz66s4 says:

    sha… awak nak hari apa? ahad okay tak?

  14. azharmaz66s4 says:

    razif… knorol ada tak semlm? ada senamrobik tak? memang maz tak boleh masuk cbox dah lah… songellah s?r?m ni….

  15. hairol says:

    pa lah mirul…si yeop perli kau le…….

  16. razif31s3 says:

    Mesyuarat Khamis mlm Jumaat (4/12) nanti aku rasa Setiausaha kena list down kan apa agenda dia, cth list things-to-do untuk hari tu nanti, so meeting would be on track.

    Lagi baik kalau AJK tertinggi surau buat ad-hoc mtg dulu so preparation in order,

    Suggest below:

    Preparation utk Surau (pilih seorang ketua):
    1. Awning ruang surau (kalau tak dapat alternatifnya khemah, dah inform pada Suhaimi canopy)
    2. Cat Epoxy ruang solat luar
    3. Blinds utk kawasan solat luar (kalau perlu)
    4. Tikar/Sejadah
    5. Kawasan solat wanita (kalau perlu buat line utk saf)
    6. Kipas berdiri (pinjam dari sesiapa yang ada, berapa unit diperlukan)
    7. Tongkat imam (akan diuruskan oleh Mat Nor/Razif)
    8. Continue bersih surau, alat2 di kawasan luar perlu dialihkan (cth stage, bbq set etc)
    9. lain-lain (sila tambah)

    Persediaan utk Qurban/Aqiqah (pilih seorang ketua):
    1. Lembu (bila nak beli, siapa yang nak pergi beli, collection dah complete?)
    2. Tempat penyembelihan
    3. Tiang utk ikat lembu, tali (kalau perlu)
    4. Tukang sembelih yang berkelayakan/berpengalaman
    5. Alat sembelihan (parang etc)
    6. Gali lubang
    7. Melapah/memotong daging dan segala peralatan, cth pisau, papan pemotong, plastik utk letak daging)
    8. Alat timbang (dacing)
    9. Senarai sedekah Qurban
    10. Masakan utk daging Aqiqah
    11. Lain-lain sila tambah

    Aku rasa banyak yang perlu dirancang dengan teliti supaya tak ade yang tercicir, sebab hari itu ade dua aktiviti utama yang akan dibuat.

  17. razif31s3 says:

    Maz, Kak Norol pun kesiangan, semalam dia melepak ngan anak2 jer.

  18. hairol says:

    ya.. benar tu ziff….
    ……….. tak boleh nak komen lebih2 sebab Raya haji ni saya pulang ke kampung… harap maklum….
    saya akan membantu mana yg termampu selagi di SU3 ni…

  19. razif31s3 says:

    Hah aku ade satu duty tuk ko sebelum ko balik kampung, buatkan Banner 6 x 12, ucapan selamat hari raya Qurban dari Surau Al-Muhajirin dan PPSU3, siap ngan makluman aktiviti Qurban dan Aqiqah, kalau AJK Surau approve lah, budget nye ade, dan sempat nak buat… Wan/Rizalman/Sofi ok dak?

  20. admin says:

    Post updated.

    Additional photos contributed by Shahril.

    Thx

  21. Yeop says:

    Shahril nyer photo angle cam pro nyer photographer…puhhhh…

  22. hairol says:

    lah…..memang dia profesional lah yeop….

  23. kammy_75 says:

    assalamualaikum,
    ahlan wa sahlan semua…salam dr dubai…
    yeop..apa cite…rindu aa kat msia..
    waaa meriah surau kita nie..balik msia nnt bolehla kita ngeteh lagi kat 111..

  24. hairol says:

    wsalam…
    wah jauh sampai ke Dubai…
    kerja kat sana ke?

  25. amirul47ps6 says:

    akhirnye kamarul comment jugak,,,selalu diam2 je.
    Ni sure dah rindu bangat dgn mesia….bila mau balik?

  26. Suziyanti says:

    bagus la kaum2 bapak2 & ibukk2 di SU3 mmg rajin2 belaka!

  27. umieadamS430 says:

    Assalamualaikum…
    raya Qurban ni kami sekeluarga tak dapat le merasa kemeriahan beraya di SU3. Kami balik kg..

  28. razif31s3 says:

    Kamarul, ape ole-ole fm dubai? Kain kot…?

  29. wan20S5 says:

    zif, ko copy paste yg list tu letak kat forum…kita borak kat sana senang skit. nak edit ke nak quote reply..hehe

  30. kammy_75 says:

    allo..geng..
    Hairol: Ostn jap sebulan kat sni..
    Amirul: Rindu bangat sih…hari2 makan beriani geng…mau sihat aku blk msia nnt..

    Razif: Ole2.?hehehehe…brg mahal bang…hehehehe…pasir dubai blh kot..hahahaha

    Sini skrg musim sejuk..
    Aku buat projek kat Palm Jumeirah
    La nie depa nak suh stay lama la plak..takmo aku…politik kuat bangat kat sini…mcmana la nak maju…aku nak balik jugakkkkk hujung bulan nie…hehehehe..jem kat sinii kalah msia geng..aku tiap2 hari abis kerja pkl 6 ptg..smp rumah pkl 9 malam…aduiii lotih pakcik…

  31. razif31s3 says:

    pasir pun pasir lah …

  32. kammy_75 says:

    huk alor…hehehehe…ke ko nak minah uae…hehehehe

  33. Sally says:

    tima kasih pada yang bergotong royong..dengar citer dari husband sampai ke marghrib gitu..balik tengahari tu lepas dzohor terlena terus dia..masa solat asar dia pergi sorang jer yang tinggal.. tu yang dia tolong sampai maghrib tu…dah tu hari ni MC demam panas lak…

  34. Yeop says:

    Marul…aku tamo pasir…bewak pasir (dhob) nak ler….ehehehehehe

  35. hairol says:

    wah sian Amran.. sampai demam2… memang saya perasan tempoh hari tgk dia sampai ke Magrib membantu… ranjin sungguh…….

  36. razif31s3 says:

    Dalam diam-diam Amran tuh ringan tulang rope nye yea, ish orang kpg gajah le kate kan….

  37. umieadamS430 says:

    saya nampak si amran tu tolong org2 menyimen petang haritu…
    siannya sampai demam2..
    kes demam urat kot…selalu dlu herol kene demam lagu tu

  38. zulian says:

    kami penghuni baru T2/1..maaf xdapat join gtg ryg aritu…oustation ke Melaka, Jumaat-Ahad…maaf byk…
    Apapun SU3 punya komuniti mmg bagus sangat..!!!Banyak aktiiti kejiranan cuma Teratai xde pengerusi lg…maklumla belum cukup korum…Tahniah utk Yeop & rakan2..

  39. razif31s3 says:

    zulian, tak pe boleh redeem uself ari Ahad ni rasanya banyak gak yang nak dibuat tuk Hari Raya Qurban nih, nak siapkan surau dan tempat qurban so bleh la join skali.

  40. azharmaz66s4 says:

    zulian…. bunyi macam en zulian
    boleh kot perkenalkan diri sikit…

  41. razif31s3 says:

    Maz Teratai, ari tuh ade masak ketupat, kate en zulian ni la, kate dia duduk sebelah Man P… aku tak kenal lagi…

  42. azharmaz66s4 says:

    oooooo….nantilah aku tengok gambar kat galeri… sebelah mr p ye… mcm ada perasan, tapi tak berapa cam masa rewang tu….tq razif

  43. kammy_75 says:

    yeop…dhab xda…kepupusan kat sini…
    hahaha…aku nak balikkkkkkk…aku nak balikkkkkk….arghhhhhhhh

  44. razif31s3 says:

    Kamarul, kitorang tinggal kan longkang tuk ko cuci bila ko balik nanti … yang gambo si Hasrul tengah cuci tuh gimic jer, bukan betul-betul tuh

Comment on this Article:

You must be logged in to post a comment.

Archives

SU3 Photo Gallery @ Flickr

www.flickr.com