Cadangan Aktiviti BBQ Pada Hujung Minggu di Saujana Utama 3- apa pandangan anda?

Assalamualaikum semua,
Persatuan Penduduk SU3 (PPSU3) bercadang untuk menjalankan aktiviti BBQ di padang permainan SU3. Aktiviti ini dicadangkan pada hujung minggu. Namun tarikh dan waktu untuk BBQ ini belum ditetapkan. Cadangannya setiap seorang dari kita dikehendaki membawa alat2 BBQ masing-masing.
Tujuan aktiviti ini secara tak langsung boleh merapatkan lagi hubungan di antara warga SU3. Yang belum pindah pun dialu-alukan join aktiviti ini.
Oleh kerana itu, survey ini dijalankan untuk meminta pandangan dan pendapat anda berkenaan cadangan aktiviti BBQ tersebut …patutkah ia diadakan? bagaimana sekiranya kita tak ada alatan BBQ? apa yang perlu dibawa? dan bermacam-macam soalan lain. So, jalankan peranan anda untuk memberi comments. Comments anda sangat penting untuk perancangan aktiviti ini.
Sekiranya majoriti bersetuju ianya diaadakan, maka kita akan laksanakan dan tarikh juga akan ditetapkan.





















setuju…atleast,bg yg blum berpindah bley jugak berkenal2 dgn yg dah pindah…bertukar2 info dan pendapat..bantu dibantu…
setuju gak….but at least bagi 2-3 minggu time frame,,,,boleh prepare betul2…
errr…boley tumpang soft launch saujanautama3.com hehe
salam semua, saya tengah tunggu kunci dari glomac, akan menghuni di jalan teratai 3, boleh ler nak join kalau masa nyer ok. bolehlah kenal kenal.
eemmm… ok gak tu…. sebelum2 ni puak2 kaum adam ni selasih 4 dan 3 memang selalu ujung2 dok main bakar2 ni…. he,he,he,..
so kalau nak buat utk majlis kekeluargaan sangat2 lah di alu2kan……
menarik cadangan tu.. bole la kenal2 dgn senior2 su3 ni.. sy bakal berpindah ke su3 hujung minggu nih.. grill, lampu sumer da siap pasang.. tgal nk angkut barang jer..
Salam semua,
Terima kasih kerana bagi pandangan. Tapi untuk makluman, BBQ ini tidaklah semeriah Majlis Suai Kenal yang lepas, budget tak de. Anggap je la Sunday Picnic. Lagi pun nak cari sponsor, orang pun payah sikit nak kasi…pasal baru je bagi sponsor untuk Suai Kenal….So kita pakat ramai-ramai bawak material dengan makanan masing-masing je la.
Masa dan hari tu belum lagi diputuskan, tapi mestila hari cuti, nanti saya bincang dengan AJK Induk. Rasanye boleh kot mintak budget sikit untuk beli arang ngan pinggan/cawan plastik….sikit je la tapinye…
Kalau ada apa-apa suggestion lain, cam nak buat game ke (tapi hadiah tak de la…) hape ke bagitau la….nanti boleh kita plan kan.
Untuk makluman yang baru, mungkin tak berkesempatan untuk join kitorang masa Hari SUai Kenal & Gotong Royong yang lepas. Memang meriah, ade Senamrobik, games, demontrasi bomba dan Telekom, Lembaga Penduduk dan XFresh FM join sekali. Alhamdulillah kita banyak gak dapat sponsor, cukup la nak beli serba sedikit peralatan dan hadiah.
Razif
Tak de hal… sila beritahu awal supaya saya boleh bekalkan JAGUNG MANISSSS….
[...] Cadangan Aktiviti BBQ Pada Hujung Minggu di Saujana Utama 3- apa pandangan anda? [...]
online bowling games…
[...] Cadangan Aktiviti BBQ Pada Hujung Minggu di Saujana Utama 3 … [...]…