" /> saujanautama3.com » Blog Archive » peringatan utk SU3 : RT: Wanita jadi tebusan mati ditikam
Email sebarang aduan atau laporan ke saujanautama3@gmail.com

Home » Artikel »Rukun Tetangga » Currently Reading:

peringatan utk SU3 : RT: Wanita jadi tebusan mati ditikam

September 11, 2008 Artikel, Rukun Tetangga 97 Comments

 

Artikel sumbangan Hairol.

Admin:- “sediakan payung sebelum hujan, tujuan Rukun Tetangga (RT) tiap-tiap malam bertujuan untuk mencegah jenayah. sedih dapat tahu ramai juga warga SU3 yang gagal bekerjasama untuk RT ini. namun begitu, ramai juga yang sanggup berjaga malam, ponteng kerja, mc, sampai demam2 semata-mata berjaga malam untuk RT dan menjaga keselamatan SU3 termasuklah rumah orang2 yang gagal bekerjasama untuk RT itu sendiri”

SHAH ALAM: Seorang wanita yang dijadikan tebusan oleh dua perompak di rumahnya sendiri di Seksyen 13, di sini, ketika bersahur pagi semalam, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta ketika dirawat akibat ditikam dan dikelar pada badan.

Kedua-dua perompak itu, bagaimanapun ditembak mati sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam selepas mencederakan mangsa dan membakar bilik tidur utama rumah mangsa dalam kejadian jam 8.20 pagi itu.

Terdahulu, mangsa dipercayai pemilik syarikat pelancongan, Triways, Raja Noriana Raja Ahmad, 41, dijadikan tebusan selama kira-kira tiga jam bermula jam 5 pagi selepas penjenayah warga Indonesia itu menyedari rumah mangsa dikepung polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata pada jam 4.45 pagi semalam, polis menerima maklumat mengenai cubaan menyamun rumah yang diduduki mangsa bersama suaminya, seorang pesara kerajaan dan dua anak perempuannya, berjaya menahan dua lagi penjenayah, dipercayai warga Indonesia yang cuba memasuki rumah mangsa.

Bagaimanapun, dua lagi perompak yang sudah memasuki rumah mangsa melalui ruang pengudaraan bilik mandi di tingkat bawah rumah itu menyedari kedua-dua rakan mereka ditahan dan bertindak menjadikan Raja Noriana sebagai tebusan ketika mangsa bersama suami cuba melarikan diri dari rumah itu.

Suami mangsa berusia dalam lingkungan 60-an berjaya keluar dari pintu depan, manakala kedua-dua anak perempuannya yang masing-masing berusia 18 tahun dan 20 tahun, melompat keluar daripada tingkap bilik tidur belakang di tingkat atas rumah dua tingkat itu.

Seorang daripada anak mangsa patah tulang pinggang, manakala seorang lagi cedera ringan ketika melarikan diri.

Khalid berkata, polis menyerbu rumah itu dan menembak mati kedua-dua suspek sebaik bilik utama rumah itu dibakar suspek.

Katanya, mangsa yang masih hidup ketika itu cedera ditikam di dada, belakang badan dan dikelar di rusuk kiri.

Beliau berkata, Raja Noriana kemudian dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta di sini sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.25 pagi.

Katanya, polis menemui sepucuk pistol jenis Smith and Wesson .32 mm yang dicampak seorang suspek dalam tandas di rumah itu dan beberapa bilah parang, pisau serta pemotong besi.

Beliau berkata, pistol itu dikesan dicuri daripada seorang penjawat awam dalam satu rompakan di sebuah rumah di Seksyen 3, di sini, 3 September lalu.

Berdasarkan kad pengenalan yang ditemui pada penjenayah ditembak mati itu, mereka dikenali sebagai Mojid Ridwan dari Jambi, Indonesia dan Abd Sugiono dari Asahan, Indonesia.

Khalid berkata, polis percaya, selain empat penjenayah itu, ada dua lagi rakan mereka yang berada di tempat kejadian ketika polis tiba di situ, tetapi mereka berjaya melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek yang ditembak mati dan ditahan itu dipercayai daripada kumpulan sama yang terbabit dalam enam kes samun di Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Polis kini memburu dua lagi suspek yang melarikan diri,” katanya.

Selain itu, katanya, keluarga mangsa baru berpindah ke rumah itu sebulan lalu dan belum ada jiran lain di kawasan itu.

sumber : berita harian

  • Rabu, 10 September 2008
  • |
  • 10 Ramadan 1429

Currently there are "97 comments" on this Article:

  1. masytah says:

    Hehehe kalau gosok baju sekali kira ok lah tuuu….
    gosok baju keje utk sebulan :)

  2. umieadamS430 says:

    Masytah.
    .kalo camtu..
    4 jam tu habis mengiron bajulah aje
    hiks

  3. masytah says:

    hehehe

    Saje je tanya… nak gosok baju nie kerja yang rumit sikit….

    sy kalau gosok baju keje utk seminggu (5 psg) paling kurang pun hapir 1 jam…

  4. emma39s4 says:

    saya nak cari gak daily cleaner ni..pernah panggil sekali..tak puas hati..before raya ni nak panggi lagi..kipas2 tinggi tu tak terbuat pulak..u all ada contact yg ok ker? ada juga saya tgk kat website part time maid tapi bukan islam..filipino etc.

  5. emma39s4 says:

    maz
    contact hj rusmin tu..mesti bagus..nak try juga lah..dia available ke 30hb? saya nak book morning..kot kot balik kg..dia raya kat mana?

  6. azharmaz66s4 says:

    rupawan…
    4 jam tu, awak list ajelah apa yg patut dia buat. basuh ke, gosok ke, lipat kain ke, basuh toilet ke.

  7. azharmaz66s4 says:

    orait umie… nanti confirm dgn akak.

  8. masytah says:

    4 Jam RM50 kan kak maz.

  9. azharmaz66s4 says:

    masytah…. memang gosok kain ni remeh. klu saya tu, jenuh gosok kain kain anak 5pasang x 2pasang sehari (sek keb & agama) x 2anak x 3 (kain, baju, tudung) = 60 helai. ambik masa dlm 3 jam jugaklah. klu buat kuih raya tu dpt jgk 2 jenis biskut. :)

  10. azharmaz66s4 says:

    masytah… yes, RM50 utk 4 jam.

  11. azharmaz66s4 says:

    emma….ptg nanti maz try tanya hj. klu 30hb dia ok ke tak.

  12. umieadamS430 says:

    Kak Maz..
    betul tu
    saya stok seminggu nak pakai baju pi keje pun amik 11/2 jam
    letihhhhhh…

  13. azharmaz66s4 says:

    klu akak campur baju keje akak dgn hubby, jadi 5 jam. tu belum campur lagi klu sikecik tu buat perangai.

  14. rupawan says:

    huhu…xtercapai dek tgn ku..huhu..

  15. masytah says:

    Kak Maz,

    Mesti tangan dah berketul ketul…. tak yah gie gym lagi..

  16. umieadamS430 says:

    mujur anak saya belum ke sekolah lg
    kalau tak..jenuh nak iron baju dia

  17. masytah says:

    Tul tuu,

    Nie iron baju utuk diri sendiri pun rasa macam nak pitam.. Baju, kalin tudung x 5 days = 15pcs

    Banyak tuu… itu baru 5 hari je.

  18. Mazny5S4 says:

    uihhh! Ni dah lari tajuk ni ;) Tajuknya pasal RT dan kes Indon menyamun dan bunuh orang, alih2 jadi discussion pasal maid indon utk kemas rumah lak! hehehe….

    Saya nak comment pasal RT. Slalu dgr hubby cerita ada jugak wakil2 certain rumah yg tak turun RT. Tensen je dengar!! Ye la… husband kita yg join ni, mmg kadang tu esoknya MC sbb demam. Qada tdo 2 3 hari lps tu pun tak hilang lagi letih badan sebab tak tdo malam, demi keselamatan kita bersama.

    Yg lagi tensen tu, ada rumah yg dekat ngan port RT kat jalan masuk tu pun tak join RT! Mentang2 la rumah dia kat situ… dia join ke tak join ke rumah dia ttp selamat! Tu yg take for granted tu kot. Boleh buat muka tebal tak malu takpe laa….

    Utk kaum bapa sekalian, kalau boleh rumah2 yg tuannya taknak join RT tu, bila ronda dgn motor tu, tutup mata je bila lalu dpn rumah2 tu. Klu the whole block tak join, jgn lalu depan blok tu.

    Heheh… aku lak lebih2 cam aku yg turun RT. Bukan apa… rasa panasss je bila dgr ada yg suka jadi free-rider! Muka tebal takpe laa…

  19. masytah says:

    Betul Tuu… kalau dah sampai turn tuu jalankan lah tugas yang diamanahkan ……… bukan tiap2 hari, sebulan sekali jer…

    My hubby akan ambil half day jika malam tu dia kena RT…

    Yang penting kesedaran setiap org… jangan sampai perkara yang tak elok berlaku baru nak sedar..

  20. azharmaz66s4 says:

    buat2 bersabar mazny….
    klu jenis jiran dah mcm tu…nak buat canno… takkan nak paksa. kesederaan diri sendiri yg penting.
    nasib baik, my hubby keje shif. balik keje terus join RT…..

  21. azharmaz66s4 says:

    umie, rupawan & masytah…
    pembantu tu boleh booking on 27hb Sept dgn 28hb Sept sahaja.
    so..klu nak, mintak inform akak ye…

    lepas tu, tak boleh kira 1-2 aje. memang kena total 4 jam dgn harga RM50. klu terkurang keje tu, mintaklah kot sapu sawang kat grill tu ke.

  22. azharmaz66s4 says:

    sally… awak nak pembantu rumah (indon) sementara ke? 4 jam RM50 utk 27hb atau 28hb September.

  23. masytah says:

    nanti saya check ngan hubby dulu… kalau dia setuju sy inform akak yer.

  24. azharmaz66s4 says:

    sorrylah mazny…terpaksa tukar topik jgk….dr tebusan ke pembantu rumah sementara…

  25. umieadamS430 says:

    saya pun hangen 1 bdn bila dgr
    tapi gsaklah..
    org lelaki punya citer
    hiks

  26. masytah says:

    kenapa umie hangen 1 badan?

  27. azharmaz66s4 says:

    umie… hangen isu RT yg mazny cerita tu lah…

  28. Mazny5S4 says:

    Harap nak tunggu kesedaran sendiri yg susah tu. Klu la senang2 camtu, ramai la yg boleh ngelat dr join RT. Alasannya: “Aku ni tak sedar diri…” “Dah la org lain dah jaga umah aku, tapi aku rasa malas la, tak larat nak berjaga mlm bila tiba turn aku!” Boleh gitu?

  29. azharmaz66s4 says:

    mazny…..diorg memang tak sedar diri….kak maz rasa diorg sedar diri tapi buat2 tak sedar diri.

  30. azharmaz66s4 says:

    agaknya ketua blok kena tengur2 jgk diorg yg ngelat ni. biar diorg segan sendiri dan panas bontot sikit.

  31. umieadamS430 says:

    Kak Maz..
    ketua blok taknak tegur..sebab bg mereka RT ni sukarela..
    taknak dipaksa2

    btul tu kene ada kesedaran sendri..

  32. umieadamS430 says:

    Apa citer pasal nak mengupoah pengawal keselamatn nanti ni?

  33. azharmaz66s4 says:

    tulah….klu nak upah pengawal keselamatan ni ada jgk pro and con nye.

    pro nya…. senanglah warga su3, tidur dgn tenang, tak yah duty RT, kurang jgk kerisauan meninggalkan rumah terutama pd waktu siang.

    con nya…. pak guard tu pun kadang2 tu tak leh caya jgk, kot2 dia yg bw org dia masuk. lepas tu warga su3 kena byrlah perkhidmatan pak guard tu…nanti kata ‘bayar lagi’, tention pulak ketua blok nak mintak duit tu kang.

  34. masytah says:

    tul tu ada pro & cons ada yang boleh dipercayai….. dan ada yang tak leh dipercayai……

    kebanyakan jaga nie bukan dari malaysia…….most of them from indonesia

    Bukan sy cakap mereka semua tak baik……. tapi dalam setandan pisang ada yang elok dan ada yang tidak..

    yang tak elok tu yang menakutkannn

  35. umieadamS430 says:

    Apa yg saya faham..
    Rt masih dijalankan belah malam
    siang & masa raya aje AJK cadang nak upah jaga

    betul ke ek?
    mana AJK Penduduk Su3 nih?
    takder sorang pun online ke

  36. masytah says:

    Semua AJK diam jer…..?

  37. umieadamS430 says:

    so maknanya, kita kene wait & c lah..

  38. azharmaz66s4 says:

    umie…..
    klu siang dan masa raye….upah jaga…akak setuju jgk.

  39. Mazny5S4 says:

    Takleh la klu ketua blok taknak tegur. Mana bleh RT tu sukarela? Kira dah sunat muakkad dah ni. Dituntut utk keselamatan bersama. Hancuss la kalau gitu. Pasni kita racun suami2 kita jgn turun RT. Amacam?? Hahahahh

  40. ritas4 says:

    xblh la kot derang org lelaki ni bab2 bjaga mlm,ngeteh dgn kwn2 mmg kegemaran..selagi tk hbis dekat luar tu sorryla nk blik umah…suami saya kalau tkda rt pun lepak sampai 1 pagi..tensen2

  41. ritas4 says:

    saya ada dgr2 derang nk ambik pengawal luar masa raya nti..kene share warga su3 lah..eh sblum lupa saya dah tk dgr cite kknorol?dh lama ye tak online?

  42. azharmaz66s4 says:

    kmaz setuju jgk klu nak ambik pak guard luar….sokong

  43. … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: saujanautama3.com/?p=348 [...]…

  44. … [Trackback]…

    [...] Read More here: saujanautama3.com/?p=348 [...]…

  45. … [Trackback]…

    [...] There you will find 79676 more Infos: saujanautama3.com/?p=348 [...]…

  46. tatuaggi says:

    … [Trackback]…

    [...] Read More here: saujanautama3.com/?p=348 [...]…

  47. … [Trackback]…

    [...] There you will find 65468 more Infos: saujanautama3.com/?p=348 [...]…

Comment on this Article:

You must be logged in to post a comment.

Archives

Photo Gallery