" /> saujanautama3.com » Blog Archive » Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Saujana Utama 3 (PPSU3)
Email sebarang aduan atau laporan ke saujanautama3@gmail.com

Home » Persatuan Penduduk » Currently Reading:

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Saujana Utama 3 (PPSU3)

February 23, 2009 Persatuan Penduduk No Comments

Dalam post-post yang lepas saya ada beri hint tentang perkara ini. Mesyuarat Agung PPSU3…inilah dia acara besar yang bakal diadakan di SU3 yang mana akan menentukan hala tuju kawasan perumahan kita.

Dalam masa negara akan mengadakan beberapa pilihanraya kecil,,,kita yang kecil ni pun tak ketinggalan untuk mengadakan pilihanraya untuk melantik AJK-AJK PPSU3 di dalam mesyuarat agung ini nanti.

Persatuan Penduduk SU3 adalah persatuan yang berdaftar di bawah ROS Malaysia. Untuk itu adalah diwajibkan untuk mengadakan mesyuarat agung bagi memenuhi keperluan penubuhan persatuan.

Sejak penubuhan PPSU3, ia telah dinaungi oleh AJK-AJK penaja atau AJK sementara yang telah berusaha gigih bagi menjalankan aktiviti, keperluan semasa dan juga handle penubuhan PPSU3 termasuklah mesyuarat agung kali ini di mana tibalah masanya kami sebagai AJK penaja handover pentadbiran persatuan kepada mereka-mereka yang dilantik oleh penduduk SU3 sendiri.

Bagi menjalankan tanggungjawab anda, anda diminta untuk mendaftarkan diri sebagai ahli PPSU3. Pendaftaran boleh dilakukan pada hari mesyuarat agung di meja urusetia pendaftaran atau untuk mengelakkan pendaftaran last minute, anda juga boleh berdaftar secara online. Sila rujuk post terdahulu di sini.

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk SU3 akan diadakan pada;

  • Tarikh: 8 March 2009
  • Pendaftaran Ahli: 8.30AM – 9.30AM
  • Jamuan Ringan: 9.30AM-10AM
  • Mesyuarat bermula: 10.00AM-11.30AM
  • Tempat: Padang Permainan Kanak-Kanak SU3

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-

AGENDA MESYUARAT AGONG PERTAMA 2009/2010 PPSU3

1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

2. Ucapan dari Pengerusi Jawatankuasa Penaja PPSU3

3. Ucapan perasmian

4. Pembentangan Laporan Aktiviti Tahun 2008

5. Pembentangan Laporan Kewangan bagi tahun 2008.

6. Pembubaran jawatan kuasa penaja PPSU3

7. Pemilihan Jawatankuasa baru bagi sesi tahun 2009/2010:

7.1 Seorang Pengerusi

7.2 Seorang Naib Pengerusi

7.3 Seorang Setiausaha

7.4 Seorang Penolong Setiausaha

7.5 Seorang Bendahari

7.6 Lapan orang (8) orang Ahli Jawatankuasa biasa

7.7 Dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira

7.8 Tiga (3) orang Pemegang Amanah

8. Membincangkan usul-usul (Jika ada)

9. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi PPSU3

Disamping itu mensyuarat yang julung-julung kali diadakan ini akan dimeriahkan dengan karnival jualan oleh penduduk SU3.

Pengumuman lain akan dilakukan dari masa ke semasa sekiranya terdapat update terkini.

Sekian. TQ.

Comment on this Article:

You must be logged in to post a comment.

Archives

Photo Gallery