" /> saujanautama3.com » Blog Archive » Ride to Krabi
Email sebarang aduan atau laporan ke saujanautama3@gmail.com

Home » Aktiviti » Currently Reading:

Ride to Krabi

January 19, 2009 Aktiviti 22 Comments

Kepada peminat motosikal berkuasa tinggi & menjelajah…berita baik untuk anda kerana ;

Pada 24/01/2009 jam 4.00 pagi Sabtu, SAUJANA BIKERS sebanyak 9 buah motosikal berkuasa tinggi dan 2 di antara nya adalah wakil dari SU3 ia itu Saidi No. 11, Jalan Selasih 3 dan Angah (anak abang Najib) No. 1, Jalan Persiaran 6 akan bertolak ke Krabi Thailand sejauh 875 km.

Jalan yang akan di lalui adalah highway PLUS dari Rawang menuju ke Bkt. Kayu Hitam, Danouk, Hatyai, Phattalung, Trang, Krabi dan menginap di Ao Nang beach selama 2 malam. Pada hari kedua peserta akan menaiki speed boat ke Phi Phi Island sambil menikmati keindahan panorama kepulauan  Andaman Sea dan juga berpeluang snorkelling. Perjalanan pulang pada malam ketiga mengginap di River Grand Palace, Danouk, Songkhla.

Tujuan menjelajah ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara ahli, berpeluang untuk menjelajah hingga kepelusuk distinasi, ketahanan fizikal, mental dan kepuasan menunggang motosikal. Riding ke Thailand adalah impian setiap bikers kerana mempunyai jalan yang cantik, tidak banyak kereta & lori serta mempunyai banyak tempat yang menarik.

Sebelum ini, ada beberapa ahli SAUJANA BIKERS telah menjelajah dengan menaiki motosikal ke Ko Samui, Surathani, Phuket, Pattaya dan juga serata tempat di semenanjung Malaysia. Pada akan datang ahli SAUJANA BIKERS bercadang menjelajah lebih jauh lagi ke Thousand corners, Kanchanaburi, Laos dan lain lain lagi. Kepada mereka yang mempunyai motosikal ini, boleh datang mengeteh di Restoran Hijjas setiap malam sekitar  jam 10.15 malam untuk mengenali di antara satu sama lain. Setiap 2 minggu sekali sekitar jam 8.30 pagi SAUJANA BIKERS berkumpul di Restoran Hijjas ride ke Karak untuk mengasah tayar serta lap.

Kepada warga SU3 yang mana ada memiliki motosikal tersebut masih terbuka untuk menyertai jelajah ini. Sila hubungi SAIDI  h/p. 016-2400468 untuk sebarang pertanyaan. Kepada yang lain insyaAllah suatu hari nanti berminat untuk membeli motosikal boleh lah datang berbincang dengan otai-otai SAUJANA BIKERS supaya tidak tersalah beli dan sebagai nya.

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

Currently there are "22 comments" on this Article:

  1. saidi says:

    Thanks a lot Mirul. Semoga rancana ini jadi pembakar semangat kepada yang meminati dunia pemotoran selain daripada mengenali di antara satu sama lain. BROOOoooooM…..

  2. Yeop says:

    Nasib baik kat belakang tuh ikat beg…kalau kosong mau tak lepas lesen…ehehehehehe

  3. abg saidi says:

    Betoool… Yeop, itu kira barang bukti. Sengaja di pertontonkan ha…ha…

  4. amirul47ps6 says:

    mcm syok je ada motor besar..badan kecik mcm saya ni sesuai ke abg saidi?

  5. abg saidi says:

    Mirul, ada lagi kecik daripada hang. Ada kawan tu pakai ZX9…badan kecil TAPI beb…hati besar. Belum coba belum tahu. Dulu abg pun tak pernah pegang moto yang ada kelas. Sekali beli terus yang ini…keluar dari kedai untuk bawa pulang, cuaca sejuk boleh berpeluh. La…ni… tak cukup laju & besar pulak.

  6. abg saidi says:

    Ada member nak jual motor, masih baru, low mileage, tak pernah jatuh, tip-top….

    1). Kawasaki ER6-n 650 c.c CKD warna hitam, exhaust Two Brothers, tong Givi, wind shield, harga RM 31,000 boleh runding.

    2). Kawasaki Versyes 650 CBU warna merah, tong versyes, scotch oiler, wind sheild, harga RM 44,000 boleh runding.

    Kedua-dua moto memang puashati sesiapa yang membeli nya.

  7. abg saidi says:

    SAUJANA BIKERS boleh beri coment dlm ruangan ini. Go LOGIN dulu utk dapatkan password.

  8. amirul47ps6 says:

    Ye betul…mmg dialu-alukan. Abg saidi,,jadi ke nak buat website bikers ni? Senang sikit utk ahli bertukar2 pandangan dan update antara satu dgn yg lain…hehe

  9. abg saidi says:

    Malam ini ada ngeteh dgn member2 SAUJANA BIKERS, kami akan bincang tentang website dgn chief nanti.

  10. abg saidi says:

    Mirul, setelah berbincang semalam….SAUJANA BIKERS tak jadi nak buat website sendiri cos tak ramai yang aktif buat ketika ini. Mungkin pada masa akan datang…..TQvM

  11. amirul47ps6 says:

    ok abg saidi

    noted

  12. rupawan says:

    betsnyer ride motor nih…sya minat jgak menunggang motor besar2 nih…badan halus jer…tp jiwa terasa besor…ekekekekek..dulu2 mase bujang ckp ngan mak nak beli motor besar kene marah….ko tu dah la pompuan!…ekekekek..ni gara2 pengaruh abg yg kaki motor gak la…ekekekek…sampai skang kalu nampak org bawak superbike nih…mula lah jiwa meronta2…uwaaaaa…

  13. sz40T3 says:

    k ila, blh la pinjam motor abg saidi wat test drive keliling SU3.. :p

  14. abg saidi says:

    No problema…. la ni ramai jugak lady bikers…mcm Fauziah Latiff dll.

  15. shahril64S5 says:

    bila baca entry ni.. teringat zaman sekolah dulu, rajin baca majalah Roda-roda (ada lg ke x ek majalah ni, lama x nmpk).. masa tu berangan nk beli Aprillia Replica RS125.. haha..

    skg ni aku suke tgk naked bike kawasaki.. berkenan lak aku kt Kawasaki ER6-n 650 yg member abg saidi nk jual tu.. tp xmampu wat masa ni.. almaklumla baru je dpt org baru…

  16. abg saidi says:

    Ride tempohari… kami semua selamat pergi & balik. Tiada sebarang yg tidak di ingini berlaku. InsyaAllah pada masa akan datang, kami ride lebih jauh lagi untuk kepuasan.

    Lepas ni saya akan pergi lagi ke Krabi dgn memandu kereta sendiri bersama keluarga, mungkin April 2009. JOM…. kepada yg ingin berkonvoi dgn kereta pulak. Call me k.

  17. admin says:

    abg saidi,,,

    kalau ada gambar2 yg boleh dishare,,,email le

  18. abg saidi says:

    Mirul….gambor2 otai tu dah email. TQ

  19. admin says:

    abg saidi,,,

    saya x dpt email tu lagi

  20. vfr 750 red hot says:

    salam..abang saidi..dekat mudah dot com rasanya macam ada motor iras-iras motor abang ..abang punya ke.?

  21. abg saidi says:

    Salam bro….bukan iras-iras lagi, memang betoool. Nak slow down dulu nanti nabung2 nak up cikit. Moto tu performance baguih…senang cilok…laju 205 km je….tapi klu Karak tengok hati lah sama ada kering ke basah. Yang tak puas hanya bunyi kerana 2 cylinder. Ini bro mana yeah!

  22. Creation site internet Brest…

    We tailor web sites to your needs……

Comment on this Article:

You must be logged in to post a comment.

Archives

Photo Gallery