" /> saujanautama3.com » Blog Archive » Jom Belajar Silat!
Email sebarang aduan atau laporan ke saujanautama3@gmail.com

Home » Aktiviti »Artikel »Persatuan Penduduk »Sukan » Currently Reading:

Jom Belajar Silat!

July 17, 2008 Aktiviti, Artikel, Persatuan Penduduk, Sukan 20 Comments

Assalamualaikum.

Sesi pertama sesi pengenalan Seni Silat Sendeng telah pun berjaya dilaksanakan malam tadi bertempat di taman permainan kanak-kanak SU3.

Sesi pengenalan yang pertama ini telah diketuai oleh saudara Ridzuan. Beliau telah memberi penerangan mengenai asal-usul dan sejarah seni silat sendeng serta demo.

Sila layari http://sendeng.tripod.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Seni Silat Sendeng.

Sesi pengenalan kedua akan diadakan pada 23 Julai, jam 9.15PM ditempat yang sama.

Marilah datang beramai-ramai dan bersama-sama mempelajari Seni Silat Sendeng…..
Kelas ini insyaallah dijangka akan bermula pada hujung julai/awal ogos ini, pengumuman akan dibuat tidak lama lagi

So,,,,kepada warga SU3….sila make yourself free on 23rd July ni untuk ke sesi pengenalan ini!!!

Related post:
Seni Silat Sendeng di SU3

Currently there are "20 comments" on this Article:

  1. yusriS428 says:

    tahniah kepada tuan atas inisiatif (betulke ejanie) untuk membuka gelanggang silat di SU3

  2. razif31s3 says:

    YB nak tanya…hang mai ka malam tu?????? Kalau tak mai, minggu depan ada lagi. Kita ganti la hang plak jadi punching bag…. Kasian Halis, mentang-mentang la dia banyak lemak…eh chuppp…banyak isi…

  3. amirul47ps6 says:

    Tu le pasal. Nasib baik bkn aku jd bahan demo. Kalau x, mau melayang aku!

  4. hair30S4 says:

    wahhh ada demo ke? kalaulah YB yang jadi punching bag!! wow terpelanting ooooooo….. he,he,he,,,,

  5. wan20S5 says:

    insyaAllah, malam ni dtg ye, kita meriahkan majlis.

  6. amirul47ps6 says:

    Jgn lupe ramai2 dtg mlm nih!

  7. hair30S4 says:

    semalam ramai gaks yg turun padang……. di harapkan program ini berterusan…. dan mendapat sokongan daripada penduduk SU3 ni… so wan jumaat malam sabtu confirm ke?? latihan tu

  8. amirul47ps6 says:

    Hair, semangat nampak! Minggu ni x jd kot, short notice sgt..maybe jumaat mlm sabtu minggu dpn kot

  9. yusriS428 says:

    aduhh…sorila semalam takleh turun ada traning boling..for selection opis aku……hair bersemangat tu….

  10. hair30S4 says:

    semangat – semangat jugak…. tapi saya rasa en yusri lagi semangat dari saya….siap training bowling lagi tu… nak menang percutian belakang umah yoep ke?? he,he,…

  11. wan20S5 says:

    InsyaAllah, jumaat minggu depan jam 930 pm kita mula.

  12. epul33 says:

    salam…
    yus hang pakai bola saiz brp ???
    setakat 10 tak de harapan la…..
    baik belajo silat je….he.he.he

  13. hair30S4 says:

    eehhh ok lah tu kalau pakai bola 10kg… kena dia pakai bola pin pong haa…sapa nak menjawab……he,he,…. (yus gurau2 je….)

  14. admin says:

    jangan lupa datang ramai2 esok….!

  15. razif31s3 says:

    Asm, En Wan…calling En Ridzuan…sifu…esok tak dapat nak mai la aku kat Medan…aku bersilat atas katil jer la kot…nanti balik kita ngeteh amacam?

  16. wan20S5 says:

    ok geng jangan lupa malam ni. kul 9.00.
    tulis 9.00 dululah, kang 9.30 mau kul 10.30 baru ada orang kumpul…hahaha

  17. hair30S4 says:

    sifooo wan….. agak2 le…
    silat ni tak boleh tukar hari ke??

  18. hair30S4 says:

    maksud saya di kekalkan malam rabu ke….

  19. wan20S5 says:

    dia ikut suara ramai…cikgu mengajar jek

  20. amirul47ps6 says:

    Sori x dpt join semalam…x brp sìhat

Comment on this Article:

You must be logged in to post a comment.

Archives

Photo Gallery