" /> Oyster Mushroom : The Health Food | saujanautama3.com
Email sebarang aduan atau laporan ke ppsu3@saujanautama3.com

Berita Terkini (Live update dari saujanautama3 Twitter dan Facebook)

Twitter Updates

follow me on Twitter

Home » Forum » Currently Reading:

Oyster Mushroom : The Health Food

December 19, 2008 Forum 17 Comments

Seperti yang diminta oleh Sofi (bukan la nak promote, tapi atas pertanyaan Abg Saidi), ini dia khasiat Mushrooms …..

R.H Kurtzman, Jr dalam satu article nya bertajuk Mushrooms:Sources For Modern Medicine, mengatakan yang “Mushrooms contain many things that make them truly health food”.

Memang betul banyak kebaikan yang ada dalam mushrooms. But before that, mari kita mengimbau sejenak sedikit information pasal mushrooms nih. Yang di supply oleh Sofi and Emma tuh namanya ialah Grey Oyster Mushroom (Cendawan Tiram Kelabu). Oyster Mushrooms atau Cendawan Tiram ni nama scientific nya adalah Pleurotus Ostreatus. Memang bersesuaian dengan namenya, Oyster Mushroom ni dikatakan mempunyai rupa, bau dan rasa yang seakan-akan tiram. Dalam dunia ni yang telah dikenal pasti terdapat kira-kira 14,000 jenis cendawan. Tapi berhati-hati, hanya segelintir sahaja cendawan yang boleh dimakan. Cendawan ini dikategorikan sebagai fungi (fungus), macam fungus lain gak, kebanyakan cendawan mempunyai toxin yang mampu memberi kesan negative apabila di consume.

Tapi, don’t worry, yang Sofi dan Emma supply tuh tergolong dalam fungi yang boleh dimakan. In fact, cendawan-cendawan ini seperti shitake, mitake dan juga oyster memang telah digunakan oleh manusia sejak zaman berzaman.

Selain mempunyai rasa yang sedap, Oyster Mushroom (dan juga mushrooms yang lain yang boleh dimakan) dikatakan mempunyai healing power (kuasa memulih). Ianya telah digunakan sejak tahun 1600 lagi oleh pengamal perubatan negara China.

Mike Adams dalam websitenya http://www.healingfoodreference.com menyenaraikan kebaikan mushrooms ni:

Oyster Mushroom dikatakan boleh membantu dalam menyembuhkan Tumors, Tahap Kolesterol yang tinggi, Numbness and Tendonitis (sakit tendon, apa ya tendon dalam bahasa Malaysia, emmm tisu yang memegang dan menyambungkan muscle to bone??), Heart Disease, Rheumatoid arthritis (satu jenis penyakit arthritis yang chronic) and cancer.

Dalam melawan penyakit cancer, Mushrooms mempunyai sejenis nutrient “chitin”, iaitu sejenis dietary fibers, yang mana ianya membantu membersihkan saluran penghadaman (digestive tracks) manusia. Dalam masa yang sama “chitin” juga adalah satu jenis “hypocholesterolemics” yang baik yang mampu merendahkan tahap kolesterol. Sebab itu ianya dianggap healthfood yang baik dalam melawan penyakit cancer.

Ianya juga mampu membantu system dalam badan manusia terutama system darah, liver (hati) serta digestive system (system penghadaman).

Ini adalah kerana, menurut Mr Adams, terdapat pelbagai nutrient yang boleh didapati di dalam Oyster Mushrooms ni, seperti, Phosporus, Manganese, Magnesium, Iron, Vitamin B2, Vitamin B12 dan Selenium.

Dalam website-website yang seterusnya, saya mendapati Oyster Mushrooms ni sebenarnya telah digunakan lebih dari 3000 tahun yang lepas!! Selain mampu membantu melawan pelbagai penyakit seperti cancer (orang Indonesia kate kanker) dan tumor, ianya juga membantu tubuh badan meningkatkan daya imunisasi. Apparently, Oyster Mushroom ni mempunyai pelbagai compounds seperti kebanyakan fungi yang lain yang secara scientific nya telah terbukit dapat stimulate fungsi immune system manusia serta menyekat pembesaran tumor. Tambahan pula oyster mushrooms ini kaya dengan “polysaccharide” dan asid amino yang bertindak menstimulasikan aktiviti sel-sel imunisasi. Mushrooms juga generally mempunyai substances yang dipanggil “terpenoids” yang membantu membunuh bacteria dan virus yang membantu dalam penyakit-penyakit yang berbentuk “imflamatory” cam Rheumatoid Arthritis tadi.

Dalam hhtp://www.webvitamins.com Oyster Mushrooms ni dikatakan dapat memberi kebaikan terhadap cardiovascular (jantung) dan cholesterol-controlling. Ianya juga bertindak sebagai antiviral dan anti-inflammatory.

Selain dari itu, Mushrooms mempunyai kandungan copper yang tinggi, dimana copper mampu merangsang pengeluaran sel-sel darah merah serta merangsang pelbagai tidakbalas chemical yang penting untuk tubuh badan manusia. Ditambah pula dengan iron yang juga dikatakan pembina darah yang sangat baik. Potassium di dalam mushrooms juga bertindak sebagai mineral yang mengekalkan denyutan jantung yang normal, imbangan cairan dan fungsi otot serta system saraf. Selain dari itu, mushrooms juga mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Satu lagi nutrient di dalam mushrooms adalah “Riboflavin” atau Vitamin B2, yang membantu perkembangan badan serta meningkatkan sel darah merah. Folic acid didalam mushrooms pula mampu untuk melawan penyakit anemia (kurangnya hemoglobin dalam sel darah merah)

Mushrooms yang mengandungi “Selenium”, seperti kajian yang telah dijalankan oleh Vernadsky Institute of Geochemistry and Analytical Chemistry Moscow, didapati sebagai satu sumber antioxidants yang membantu mengekalkan DNA yang sihat dan muda didalam tubuh manusia. Ianya juga diperlukan oleh tisu-tisu manusia. Dalam penyelidikan yang sama, mushrooms dapat mengurangkan risiko HIV AIDS kerana dapat meningkatkan system imunisasi manusia.

Seperti yang saya dah paparkan dalam post yang lepas berkenaan labu atau pumpkins, mushrooms juga mempunyai kandungan “niacin” yang tinggi. Niacin, atau nama lain nya vitamin B3, membantu badan menukar carbohydrates kapada gula atau glucose, yang mana tubuh kita gunakan untuk tenaga. Niacin juga membantu nervous system, sistem penghadaman dan membantu menyihatkan kulit, rambut dan mata. Kandungan niacin dalam mushrooms adalah kira-kira 10 kali lebih tinggi dari kebanyakan sayuran lain.

Ok, last but not least, selain kesemua kebaikan yang dah diceritakan diatas, mushrooms juga mampu untuk …. jeng jeng jeng …. mengurangkan berat badan !!!. Ianya mempunyai kandungan sodium dan lemak yang sangat kurang, iaitu kira-kira 13kcal/kj per 100g, serta dengan kandungan protein, fiber, iron, zinc, minerals dan vitamins, ianya boleh mengantikan semangkuk nasi….! Lepas nih makan mushroom jer la, jimat beras…

Selalunya, bagi kebanyakan sayur-sayuran, apabila dimasak, sebahagian daripada nutrient serta zat-zat akan hilang, tetapi tidak dengan mushrooms. Lebih daripada 80 ke 95 % daripada zat dan nutrient daripada mushrooms dikekalkan walaupun setelah dimasak.

Actually banyak lagi khasiat mushrooms nih rupa nya, pasal tuh la sensei cina banyak pakai cendawan. Tapi satu, jangan terlalu dedahkan mushrooms ni dibawah matahari, kerana ultraviolet yang ade dalam cahaya matahari akan melenyapkan sebahagian daripada nutrients yang ada dalam mushrooms, cth nya seperti riboflavin. So Sofi/Emma sila tukar bentuk packaging ye!

Razif

Jangan tak baca!

Currently there are "17 comments" on this Article:

  1. razif31s3 says:

    Lupa nak letak disclaimer : Kandungan di atas adalah dipetik daripada pelbagai article yang didapati melalui internet. Penulis tidak mempunyai sebarang pengetahuan secara langsung samada melalui penyelidikan tersendiri atau oleh third party, yang penulis tahu makan cendawan goreng ngan sos tiram campur bawang india …. sedapppppp !!!

  2. hairol says:

    ohhh macam tu ye…..
    eemmm En sofi… bagi saya 400G….

  3. umieadamS430 says:

    wah..wah…banyaknya kelebihan memakan cendawan nih..
    TQ abg razif…sgt berguna info tuh…

    khas buat abe ku sayang..
    ckup ke 400g aje tuh
    hiks…

  4. razif31s3 says:

    Umie makan apa pun tak leh terover sangat, tak elok. Kang terlebih yang itu terkurang yang ini… kena balance sikit. Tuh yang Hairol mintak 400g tuh … sebagai permulaan, kang dia tambah ler tuh

  5. hairol says:

    kalau boleh nak 400kG…. tapi relaks dulu aaaaaa

  6. umieadamS430 says:

    bukan apa abg. razif..
    igt nak bawa balik kg ujg mggu nih
    makan reremai kat kg, mmg sedap!

  7. razif31s3 says:

    ohhh good idea share reramai, kalau ade idea tuk resepi masak war2kan lah. Rol 400KG tuh nak wat umpan ikan jaws ker??

  8. umieadamS430 says:

    Insya Allah…nak try masak lemak la kot guna mushroom tu..

    Balik kg dpt le makan Ikan puyu & haruan..
    bestnya…gulp!

  9. razif31s3 says:

    wuhuhu, ikan puyu wat masak lemak cili ape marvelous tuh

  10. umieadamS430 says:

    heheh abg. razif…
    makan fresh gitu..
    manis & lembut aje isinya..

    hiks saja kasi semua tangkap leleh!

  11. masytah says:

    Kak Norol,

    Nak minta resepi laksa sama macam kak norol masak masa jamuan raya hari tuu……. ingat nak try buat sendiri…

  12. ritas4 says:

    huhu..saya suka gak mkn laksa penang..tapikan suka lagi laksa johor la..haritu masa raya haji mkn kat umah abg raihan..yum yum

  13. razif31s3 says:

    Masytah, nak tunggu kak norol masuk sini lambat ler gamak nya.. anyway saya dah cut n paste message awak and sent to her. Kalau nak senang contact jer dia terus, 0173707893

  14. razif31s3 says:

    Umie kalau balik Jengka, Abg Razif akan dapat makan gulai tempoyak ikan patin, ikan tuh sebelum masuk periuk fresh lagi baru jer tangkap and siang. Pas tuh at the same time, bapak akan sembelih ayam kpg wat goreng pun sodappp. Ade lak kan keli wat goreng gak, or ikan talapia wat bakar … suma fresh2. Kalau makan tak ingat anak bini… heheheh

  15. masytah says:

    Thanks Abg Razif,

    Nanti sy sms/ call kak norol

  16. saidi says:

    TQvM razif di atas penerangan pasal cendawan. Baru sempat baca hari ni.

  17. razif31s3 says:

    Ok Abg Saidi, tau … org selalu outstation la katakan.

Comment on this Article:

You must be logged in to post a comment.

Surau Al-Muhajirin SU3

Klik Sini Untuk Mengetahu Aktiviti Terkini Di Laman Web Surau
No akaun surau 562740109815 Maybank (sumbangan dialu-alukan)

SU3 Flickr

			saujanautama3 posted a photo:	Sham salah seorang anggota kumpulan nasyid In Team turut mendendangkan lagu nasyid.			saujanautama3 posted a photo:				saujanautama3 posted a photo:

Satu Komuniti Satu Hati Di Facebook


Kalendar Aktiviti


Forum@su3

Archives