" /> saujanautama3.com » Blog Archive » KHASIAT LABU / PUMPKINS UNTUK BABIES
Email sebarang aduan atau laporan ke saujanautama3@gmail.com

Home » Resepi » Currently Reading:

KHASIAT LABU / PUMPKINS UNTUK BABIES

December 13, 2008 Resepi 34 Comments

First and foremost tahniah untuk En Rahman dan Isteri (Selasih 3) yang baru sahaja 2 hari lepas menimang cahaya mata yang ke tiga (wah birthday sama ngan Sultan Selangor !!!). Baby Girl.

Hari ni kat opis staff borak-borak pasal baby food, how they squash several types of fruits and grains and fish and all sorts of food for his/her highness … sitting on that high seat, screaming and demanding for his/her food to be brought to him/her … or he/she will go into tantrum. Sama lah macam bawak tuan besar ronda-ronda naik kereta ker naik motor ke before going off to work.

Okay back to the subject matter. Selalunya bila tulis post resepi, untuk orang dewasa, la ni nak ubah sikit utuk babies. Rasanya masa yang sesuai gak pasal ramai dah kat SU3 ni dapat babies. Anak saya yang ke empat Aliya Madihah pun dah masuk 6 bulan, so time for her first homemade food. Tambahan dengan penduduk-penduduk SU3 ramai yang baru atau akan melahirkan anak beberapa bulan yang mendatang nih.

Now, rarely saya tengok orang kita guna buah nih, selalu nya pakai carrot, ayam, ikan, ikan bilis, spinach dll. Yang saya maksudkan ialah LABU atau PUMPKIN orang putih kata.

Banyak khasiat labu nih, not only for babies but for adult as well. Do you know that Pumpkins are not only good for turning into a carriage by the fairy god mother (warghhahaha … kalau tak paham gi tengok cite Cinderella, seriously DONT TELL ME YOU NEVER HEARD OF CINDERELLA!!! selain daripada cerita Mr Cinderella atau yang Haliza Misbun belakon tuh …). Pumpkins has beta-carotine that when consumes the body will turn it into vitamin A. It was said that beta carotine is excellent in slowing down the aging process. So Labu adalah a natural source untuk nampak muda remaja. So tak yah lah gi beli cosmetics yang mahal-mahal tuh, pas nih kita mintak la si Sofi ngan Emma tuk buat plak ladang labu…

SO tuk babies, Pumpkin ni adalah salah satu buah yang mengandungi high antioxidant. Babies sebenarnya kuat makan (kalau tengok saiz diaorang lah) dan cepat membesar. And because of this they used lots of oxygen to help the body turn food into energy for development. Secara ringkasnya penggunaan oxigen yang banyak untuk pembesaran babies akan menyebabkan kerosakan kepada sel-sel dalam badan mereka (yang disebabkan oleh production of free radicals) ketika process tadi. Tambahan pula dengan peningkatan polutions di sekitar kita, sel-sel dalam badan boleh bertambah rosak sedikit demi sedikit. Antioxidant membantu untuk memperbaiki kerosakan sel-sel dalam badan, dan ianya juga adalah source untuk redegeneration tisu-tisu dalam badan.

Selain daripada itu jugak, Pumpkins contain high Potassium, protein dan iron (zat besi).

What more, it is low in fat, low in calories BUT HIGH IN FIBER !!! So dieters, lets all go LABUSSS…

In addition dia ada Vitamin A, Vitamin C, Vitamin K, Folate (sangat penting semasa pregnancy), Niacin. Selain minerals likes potassium dan iron, Labu juga mengandungi Phosporus, Magnesium, Calcium, Sodium, dan sedikit zinc, manganese and copper.

Now, potassium is important untuk tumbesaran badan sebab ianya dapat mengekalkan keseimbangan air di antara sel-sel dalam badan dan cecair dalam badan. Selalunya buah-buahan yang high in potassium juga high in calories, tapi Labu ni tidak !!! Marvelous …

Sementara Niacin pula, atau nama lain nya vitamin B3, helps the body convert carbohydrates to sugar or glucose, which the body uses for energy. Niacin juga membantu nervous system, sistem penghadaman dan membantu menyihatkan kulit, rambut dan mata.

Vitamin A, sangat baik untuk gigi, tulang dan tisu lembut dalam badan dan kulit. Tambahan lagi ianya juga membantu penglihatan yang baik. DO you know that Vitamin A is also known as Retinol because it produces the pigment in the retina of the eye.

Ok Resepi nya :

Gunakan labu / pumpkins yang bersaiz kecil dan yang tidak terlalu masak. Jangan biarkan pumpkin yang telah dipotong terlalu lama sebelum dimasak, dia cepat bertukar warna. Kalau taknak pakai lagi cepat-cepat masukan dalam freezer.

Resepi yang sangat mudah nih dipetik dari web http://ratuhati.com

Puri Labu / Pumpkin Puree

Rasa lemak manis labu biasanya disukai oleh bayi, terutama yang baru belajar makan. Puri labu sesuai untuk bayi umur 6 bulan ke atas.

1 biji labu saiz kecil
Basuh, potong dua dan buang biji labu.
Potong kecil-kecil.
Kukus atas rebus dengan 1 cawan air sehingga lembut lebih kurang 20-30 minit.
Uji dengan mencucukkan garfu.
Labu telah lembut jika garfu dapat dicucukkan dengan mudah.
Buang kulit labu.
Masukkan isi labu tadi bersama sedikit ¼ hingga 1/2 air rebusan labu tadi ke dalam pengisar.
Kisar halus sehingga mendapat puri yang lembut.
Anda boleh mencairkannya dengan menambah air, susu ibu atau susu formula atau memekatkannya dengan menambah bijirin segera bayi.

Okay selamat mencuba … renung, renung kannnnn

Razif

Currently there are "34 comments" on this Article:

  1. amirul47ps6 says:

    Dulu aku ni x suka labu,,tapi bila dah kawin baru le start pandai nak makan. Thx razif,,good info….memandangkan tak byk cerita baru yg admin tulis kat su3.com ni (admin sibuk sikit kot :-p )

  2. umieadamS430 says:

    TQ abg razif 4 da’ info..
    sedap makan labu ni…rasanya manis2 sikit..
    mak saya tanam aje pokok labu nih..
    bila ada hasil, saya pun dpt merasa…

  3. azharmaz66s4 says:

    tahniah buat en rahman dan isteri, dpt baby girl.

    tq for en razif 4 this info.

    labu klu masak lemak….. sedap tu….

  4. umieadamS430 says:

    ye betul tu kak maz..
    mmg sedap & lemak manis sgt rasanya

  5. azharmaz66s4 says:

    kata orang labu tu ber’angin’. boleh ke baby makan? nanti tak ke kembung perut dia kang. mak2 jugak yg susah :(

  6. razif31s3 says:

    Betul la tuh Maz, ade orang2 lama mengatakan yang labu nih berangin. Tapi dah puas search internet tak dapat kesahihannya, cuma hearsay yang tidak ada medical or scientific basis. Kalau sesiapa yang ade terbaca article mengenainya kongsi2 lah …

    Cuma terbaca dalam satu blog di Indonesia yang Labu ini mempunyai khasiat untuk membantu digestive system bagi membantu yang ade masalah constipation (sembelit) atau sakit perut.

    Tapi ade plak blog, especially yang jual jamu-jamu tradisi cakap apabila makan jamu2 nih elakkan makan labu, kenapa yek?

  7. razif31s3 says:

    Oh kalau nak elakkan babies kembung, saya selalu buat urutan love kat perut dia, masa mandikan atau masa letak minyak panas bayi. Tambahan lagi it is proven that your touch (with TLC) sangat baik untuk bayi merasa secure, safe, love, further it can help baby’s growth, physical development and self confidence. It reduces stress in babies.

    Tapi petua tuh nanti saya masukkan dalam post yang lain, kalau nak tau ler.

  8. azharmaz66s4 says:

    razif…. teruskan usaha anda untuk masukkan petua tu… tu semua knowledge…. better war2kan utk pengetahuan semua…

  9. azie says:

    LABU
    Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal

  10. umieadamS430 says:

    Abg razif..nanti kasi le petua perut baby kembung tu..
    bukan apa, mmg leceh nak jaga kalau baby kembung ni..
    asyik menangis aje, sampai tak tau kkdg nak buat apa redakan kembung tu…
    selalunya saya kasi gripe water aje…

    azie..terima kasih share that info..

  11. razif31s3 says:

    Azie, thanks for that, itu lebih baik dari beribu article. Memang tercari2 gak apa connection Labu ngan keupayaan perkembangan minda kanak2, tapi tak jumpa. Thanks again…

  12. razif31s3 says:

    Ok, ok Maz and Umie, nanti akan diceritakan kat post yang lain. Dah dua ari internet kat opis down. Tungguuuuuuu …..

  13. umieadamS430 says:

    ok abg razif..
    mana2 info tuk kebaikan tu war-warkan le kat sini ye
    TQ

  14. emma39s4 says:

    gud info pak razif

    selama ni saya buat jer pumpkin puree ni utk baby tanpa tahu exactly khasiat dia..

    brocoli pun very good tau, steam and mashed, tekstur dia sgt sesuai as baby fud.

  15. emma39s4 says:

    bab angin tu, kena try n error kot? kalau ikut mak pak kta mmg angin kan, keledek pun sama kan..tapi keledek, labu since najla 6 bulan saya try bagi Alhamdullilah ok..

  16. umieadamS430 says:

    hai emma, lama tak nampak..

  17. razif31s3 says:

    ya ya betul tuh. Tapi kalau kak norol biasanya dia campurkan beberapa mende lain dalam baby food, cam ikan (tuk omega 3), daging/ayam tuk protein, further dia dapat bagi macam2 rase pada baby.

  18. emma39s4 says:

    umi,
    ada, hibernate..hhehe..

    gud bagi macam2 rasa pada baby..saya normally letak 2 bahan contoh -beras+carrot, brocoli+beras etc-

    yg paling najla suka apple+rice, purple sweet potato+rice…

    and pumpkin jugaaaaa…sebab lemak2 manis kan yum!

    semua letak rice nak bagi kenyang lama kononnya..hehe..

    so aliya dah makan lah ni yer, syok tau buat baby fud!

  19. umieadamS430 says:

    emma,
    masa ajik dlu saya siap beli buku panduan menu makanan bayi lagi..
    tp jarang guna pun..
    biasanya saya buat beras + carrot/kentang/brocoli + ikan bilis/ayam
    then blend kasi hancur sikit..

    yummy…

    saya suka bg anak makan..sampai la ni, dah terbiasa dok menyuap anak makan..sampai ajik naik lemak..
    ” ibu suap la ajik!”

  20. razif31s3 says:

    emmm, tuh la cakap jer abg razif nih, tapi tak wat pong lagi, ade masalah teknikal sikit (blender food rosak, tak sempat nak gi beli lagi). Aliya makan nestum jer dulu cian dia, Ghazi dulu nak masuk 5 bulan dah stat bagi food

  21. emma39s4 says:

    umi,
    saya pun! ada 2 buku pasal babyfood..exited..ahhaha..

    btw, penting tak letak garam dalam baby food, at least sampai mur dia 1 year..bab ni susah sket nak bagi org tua faham..dah selepas 1 tahun baru digalakkan bagi mix bubur yg ada bahan2 yg banyak2, utk kenal allergies and etc.

  22. emma39s4 says:

    En razif,
    takyah guna blender pun boleeee…leceh aa bleder nak basuh part by part..

    i mashed them all, guna penapis yg besi tu, yg saiz kecik..masa fud lama2 pestu mashed, masak pun segengam jer kan so tak la banyak sgt, tu pon boleh dapat 4-7 bekas dadih, i freeze them, thaw bila nak guna…selalu utk 2-3 hari nya bekal..

    (tak rajin nak masak hari2 dan elakkan pembaziraannnnn)

  23. umieadamS430 says:

    emma, cam saya start ajik berumur 4 bulan dah mula kasi bubur blend halus. so far ok aje…memula tu perkenalkan dgn nasi aje dlu…

    bila dah masuk 7 bulan barulah sya letakkan ayam @ sayur

    ramai yg ckp makanan bby bwh 1 thn tak boleh dimasukkan garam..
    so saya campurkans edikit ikan bilis, 1-2 ekor aje..tuk bagi rasa..

  24. umieadamS430 says:

    saya pulak, harus masak hari2..sebab saya jenis tak suka makanan yg dibekukan then dipanaskan..
    dlu, sanggup bangun pkul 6 pagi semata2 masakkan ajik bubur tgharinya…bila malam pula, saya masakkan yg lain..

    begitulah rutin saya setiap hari…penat mmg le penat tp puas hati…

    susu pun saya tak suka simpan & dibekukan..

  25. emma39s4 says:

    umi,
    itu ler masing2 punya pendirian kan, semua utk kebaikan si anak.

    saya tak suka buang2 babfood yg tak habis, sebab tu saya freeze..and bila difikirkan nestum on shelf tu lagi la lama di producekan, saya freeze jee..ecececec..susu, sama gak..anyway asalkan masing2 selesa *wink*

  26. Mazny5S4 says:

    Good info… saya yg tgh ber baby kecik ni… sesuai sgt la info ni. Anak2 saya lain sket. Munaa dulu masa kecik, start ngan nestum, then try la buat bubur nasi+potato/carrot/bayam/ikan bilis/ayam etc. Tapi dia mmg fussy eater… kita dah buat penat2… dia tak berapa makan pun :(

    Pernah buat mashed potato, campur ngan susu badan, bila suap dia nak muntah! ahahaha… Muaz + Marwan lak, start 7 bulan baru makan solid. Muaz terus nak makan nasi+ayam/sayur bayam/broccoli yg kita lecek, taknak bubur nasi of any kind! Marwan pun saya buat bubur nasi, dia reject. La ni dok bagi baby cereal, beli 2 3 jenis sekali. Utk breakfast yg manis2, utk mkn petang yg rice+chicken. Tapi ingat nk jugak try masak lagi utk dia. Lama2 dia pun sure bosan makan cereal je… I’ll start with pumpkin perhaps… :)

  27. Mazny5S4 says:

    Emma.. lama tak nampak. Emma ni klu bab baby je… baru nampak dia komen. Tht’s her passion rite now kan… :)

  28. sz40T3 says:

    sy x penah buat yg emma tulis tu…rice+apple ..cam menarik..kena try nih..

  29. umieadamS430 says:

    tu ar emma..memasing punya carakan..
    saya ni mungkin dah terbiasa dr kecil..
    cara mak saya mendidik saya..

    tp cam membazir aje kan
    hahaha..
    tak kisah la asalkan buat yg terbaik utk anak2..

  30. emma39s4 says:

    kak mazry,
    hehe betul ..tgh anak kecik passionate la dgn benda2 berkaitan.

    tuler tiap anak berbeza kan, kita lah kena pandai mai peranan..

    sz,
    try la sz, kalau mat salleh mmg suka la bagi baby applesauce ie apple puree semata, emma cam biasa sure campur rice nak bagi baby kenyang..

    la ni problem lain, najla dok sembelit..yerla dah makan macam2 ni…dk bagi air masak je..any suggestion?

  31. umieadamS430 says:

    emma, siannya najla..
    bagilah dia minum air maska banyak..
    Insya Allah…

    kalau 3-4 hr tak ok jugak, bw dia jumpa doc.
    nanti derang kasi ubat yg cucuk kat lam montot tu
    tak sampai 5 mnt sah2 terbuang..

    sian baby kalau sembelit

  32. razif31s3 says:

    Mazny, ape kata awak tulih pulak buku koleksi makanan baby. sah2 dah ade pembeli, emma dan umie

  33. azharmaz66s4 says:

    betul tu mazny… buat buku… tapi kak maz tak beli kot cz akak tak nak baby lagi… he he he :)

Comment on this Article:

You must be logged in to post a comment.

Archives

Photo Gallery